ah.. beautiful song..
Thanx to nishashburn.
Enjoy!
Isnin, November 16, 2009
Ahad, November 15, 2009
needs motivation
dah lama tak gi gym. 8 bulan?
i need some motivation. really badly.
i just hate the bau ketiak of these people. BO issues!
Sabtu, November 07, 2009
bila terasa malas
- i hardly move a muscle
- i'll watch tv, nap, tv, nap, tv, nap, tv, nap, tv, nap.....
- i shower once for the day...
- i dun answer calls, i dun make calls
- i wonder why i still get hungry
- i eat junk food. And chocolates
- i regret myself at the end of the day for not enjoying life and let time pass just like dat
Jumaat, Oktober 30, 2009
Sekretariat Setengah Penuh
Aku selalu jadi sekretariat.. bukanlah maksudnya aku nak kata aku rajin, terel, mahupun hebat mengurus acara.. tapi semua yang aku buat dulu adalah sebagai sekretariat penuh..
sepanjang 4 hari ni aku bertugas di Bangalore.. seronoknya sebab kena jaga 2 perkara je. Dan membantu memana yang boleh. Jadi peningnya amatlah kurang, walau terpaksa tidur jam2-4 pagi setiap hari dan bangkit sebelum fajar menjelang.
aku terasa juga badan mudah lenguh dan letih. dah berusia badan aku ni.. dalam kereta on the way nak sambut YB dan delegasi kat airport.. asal kelip mata je terlelap.. kelip mata je terlelap.. bunyi hon bukan lagi sesuatu yang jengkel dan mengganggu.. huhu.
esok event dengan student di Bangalore. kena jadi pengacara mejlis. hehehe.
Isnin, Oktober 26, 2009
bukan semuanya indah
akhir2 ni jiwa sedikit kacau.
fun things are not quite fun anymore. or probably having too much fun will not do u any good.
some things in life may not be as perfect as per planned. it's so damn easy to say, tapi such a burden to experience on our own.
kadang tu mudah aje nasihat pada orang lain yang perlukan pandangan kita pasal kejadian-kejadian yang tidak diingini. dan bila kena pada batang hidung sendiri.. mulalah teraba-raba.. dan jiwa menjadi kacau.
i tend to think, i've been going through life not the smooth, easy way.. but sometime small things happened and i whine about it for some times, and it actually shook me off! mana pengajaran dari pengalaman masa dulu.. ??
apakah transisi lokasi dan kerjaya ini dah berjaya mengubah nilai-nilai kehidupan yang aku pegang selama ni? hati sudah tukar keras.. dan bila keadaan jadi sikit sukar, aku pun jadi bongok tak mampu berfikir dan bertindak secara matang dan rasional.
aku sentiasa pandang tinggi kat orang lain dan mengharapkan supaya daya intelek, kebijaksanaan dan jati diri sama tinggi dan terpuji, atau lebih dari yang disangka.. terutama sekali pada golongan yang lebih berusia.
tapi makin lama meniti jalan hidup ni, terang sungguhlah kebenaran bahawa usia bukanlah penentu kematangan. pengalaman juga tak semestinya menandakan seseorang itu mempelajari sesuatu dari apa yang terjadi. bukan semua orang tahu mengambil iktibar, dan menghargai pengorbanan orang lain.
ada masanya hati remuk dek perangai orang. tapi apalah guna meratap.. kerana timun tetaplah timun, kalau dilanggar durian hancurlah dia.
belajarlah bersabar, memaafkan, dan lebih bersyukur.
entri kali ini memang tak berstruktur. penceritaan caca-marba. tiada pengenalan dan subjek utama tidak diolah. tiada klimaks atau perjalanan pembacaan yang indah. sememangnya jiwa masih kacau.
sekian.
Rabu, Oktober 14, 2009
jenazah ke pangkuan
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Seorang pelajar aku di India meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya petang tadi. Esok aku akan ke lokasi embalment untuk menuntut jenazahnya, dan uruskan perkara2 yang perlu supaya jenazah dapat dipulangkan kepada keluarganya di Malaysia.
Barangkali, mungkin sekali akan perlu mengiringi jenazah itu jua ke Malaysia.
Di sebalik aku berkongsi rasa sedih mengenangkan sahabat dan keluarganya yang pasti berduka lara, jauh di sudut hati aku nampak rahmat Allah, barangkali ini sebabnya aku tak dibenarkan pulang berkursus tempohari. Kalau dah balik tu, mesti aku sambung cuti ke kampung halaman yang dirindui selalu, kan? dan mesti aku takde kat Chennai, kan? kalau dah aku takde takkanlah Chief Consul mampu mentahkikkan tindakan yang wajar dengan situasi yang tak pernah diuruskannya itu, kan? ye.. dalam sedih termengumpat pula ye.
Insaf.. insaf. Mohon ampun Chief!
Al-Fatihah buat Fatimatussolihah Aziz.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang syahid berkorban dalam perjuangan menuntut ilmu.. amiiin.
Sama-samalah kita doakan.
Khamis, Oktober 08, 2009
Tuesdays with Morrie
Been trying to finish the book everytime i duduk termenung.
Hope for magic moments but it's not there. The good thing about the story is it's so real, but somehow turned out to be so unbelievably positive. Morrie is such a wonderful man.
Kalau ikut ajaran Islam, semua tuh dah siap diajar. Hidup secara wasadtiah, menyayangi sesama makhluk, memaafkan sesama insan (dan diri sendiri = taubat), menerima qada' dan qadar, kepentingan institusi keluarga dan sebagainya.. yang aku geram tu dia tak mention sikit pun pasal ajaran Islam, kagum ngan ajaran Buddha je.
OK.. back to work. buat kekawan yang gie PAC, selamat bersuka ria!
Isnin, Oktober 05, 2009
adakah korang juga macam aku?
aku rasa perangai buruk ni memang sukar dikikis.. sejak zaman aku kanak-kanak lagi.
BILA ADA KEJA, time tu laa aku suka mendengar lagu, menonton TV, membaca buku dan mengemas rumah.
BILA ADA KERJA. takde nye aku nak dapat fokus bebetul, nak pulun habis-habisan.
BILA ADA KEJA jugalah aku suka baca blog orang lain, belek fesbuk, pantang ada update dan friend request mesti aku cecepat approve.
BILA ADA KEJA yang mendesak jugaklaa aku cepat lapar. maknanya aku kena rajin ke dapur, atau mendail Marrybrown.
lepas tu bila keja tak siap2 mulalaa meraban. APASAL LAA AKU TAK FOKUS BUAT KEJA?
Adakah ini ada sebarang kaitan dengan baka? oh, Mak ngan Abah tak pulak macam tu aku rasa.
..
Barangkali, sekadar barangkali, ini ada kaitan dengan sifat semulajadi aku yang tak suka serabut2, tapi malangnya tak tercapai dek tindakan untuk compute yang sebenarnya keputusan untuk menyambil-lewakan sesuatu tugas itu akan menyebabkan keadaan yang lebih serabut..
atau.. aku perlukan kursus time-management?
atau aku dah tepu?
atau aku memang pemalas?
kekurangan motivasi?
atau segalanya berlaku secara kebetulan? telah ditakdirkan aku akan dilanda banyak kerja pada satu ketika dan ketika yang lain aku akan takde kerja sangat sampai boring?
atau entri ini adalah satu lagi alasan kenapa keja aku masih tak siap-siap?
atau aku memang perlukan adanya si dia di samping supaya sentiasa memberikan sokongan moral supaya hidup lebih terurus dan membahagiakan?
uwaa.. aku memang banyak sangat keja sebenarnya sekarang sampai tak cukup tangan!
adakah anda juga seperti aku?
adakah aku tak normal?
adakahhhh?
Jumaat, Oktober 02, 2009
PROJEK DI RUMAH
hari ni cuti. aku tak mau buat kerja. tapi pepagi buta dah ada call dari KL. benci. disebabkan aku nak melarikan diri dari suasana kerja aku berazam tinggi nak berprojek hari nih.
bunyinya macam seronok sangat buat projek kat rumah. memanglah. ianya satu kepuasan.. dengan kebebasan yang ada kenapa kita tak gunakan?
keluar petang tadi aku ternampaklah figura nan mengghairahkan. bargain punya bargain.. seribu dua ratus rupee dia cas aku. cis. tapi takpe.. barang baek bayar lebih pun takper. tertancap saja mataku padanya.. wow.. cantek nihh.. mana boleh lepaskan! dahlah mengalami anhedonia.. keseronokan peribadi mesti dipuaskan! putih pulak tuh... memang aku suka!
jarang aku terpesona macam ni. pelik jugak. kali ni aku selamba je menyanggupkan diri. takpe. kali ni je pun..
Dah angkut tuh, baru aku perasan base menda alah ni dah siap ada lubang. lagilah seronok.. boleh aku dengan lubang yang ada tu. terus pegi kedai hardware, beli barang2 untuk projek:
berlatarkan karpet silk 5x7 yang aku baru beli arituh.. ahak ahak!
Isnin, September 28, 2009
anhedonia
def:
anhedonia (< Greek αν- an-, without + ηδονή hēdonē, pleasure) is an inability to experience pleasure from normally pleasurable life events such as eating, exercise, and social or sexual interaction. Anhedonia is recognized as one of the key symptoms of the mood disorder depression according to both the Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders Fourth Edition (DSM IV) and the International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD). Other than anhedonia, the DSM considers only depressed mood to be a key symptom.[citation needed] The ICD lists both depressed mood and fatigue or loss of energy as the other key symptoms. Anhedonia is also seen in schizophrenia, schizoaffective disorder, schizoid personality disorder and other mental disorder
am I suffering this now?
or it has been there for years?
I find it awkward for not getting excited about things as much as I do before. Years back.
Or have I turned to be so cool *ahemm*.. because cool dudes dun get overexcited towards exciting stuff. U just .. chill. Cool. Kool. Kewl. Whatever.
Selasa, September 22, 2009
kisah raya yang tak sudah-sudah
al~maklumlah.. hamba pertama kali merantau di tanah kapal~keras dan meraikan Aidilfitri di lembah asing ini.
entah dari mana datangnya kudrat nak travel berpuluh2 jam ni.. hamba seolah pasrah saja ke arah mana kaki nak melangkah.
Lantas di sebalik kecewa anak bulan tak menjelma di Tamil Nadu sebagaimana di Malaysia, maka dengan kehampaan itu perkara terancang menjadi kacau. Pelajar Mangalore dan Manipal yang terperasan akan beraya awal terkesima mendengar khabar terpaksa berpuasa sehari lagi. Sayugia pengembaraan ke Davangere terpaksa mereka cantas dengan tuntasnya. Seraya hamba bersiap2 menggosok persalinan baju melayu lengkap yang tak sempat hamba hantar ke pusat basuhan kering (tak apalah, bau kedai), barulah tersedar butang baju melayu hamba yang bling2 itu tak cukup 5. Entah ke mana perginya.. nasib baiklah masih ada bekalan butang baju melayu mutiara pemberian sahabat yang bertugas di Sabah dulu-dulu.
Dalam perjalanan ke Davangere, hamba terlelap berkali2 sampai leher pun rasa separa patah. Aduih. Jalan daratan, jalan anginan, jalan daratan semula.. nasibv baiklah hamba masih muda bertenaga.. kelak kalau hamba dah tua bangka nak berjalan macam ni.. berkertak-kertuklah tulang belulang hamba.
Tengah malam itu tibalah hamba ke Davangere. Para pelajar masing-masing sibuk: berbual, makan, bergambar.. berbual, makan, bergambar..berbual lagi dan lagi dan lagi.... segelintir yang tolong memasak, menghias dan mengemas. Entah macam mana agaknya hamba nak mengubah sikap adik2 yang tak biasa mengamalkan konsep organisasi bersepadu ni. Wah ada karaoke juga rupanya.. gigah juga adik2 kita ni nak bersuka ria menyambut Raya.
Sempat juga hamba bertanya khabar dan berbual bicara (chewahh) dengan segelintir pelajar bukan Muslim yang datang dari jauh. Jelas sekali mereka amt bersyukur dapat bersama.. sementelah selama ini mereka hanya berjumpa 3-4 warga Malaysia di kolej masing-masing. Kali ini merumpun ramainya.. seronok tak terkata.
Dalam majlis yang penuh kesederhanaan pada keesokan harinya, Solat Sunat Aidilfitri di surau asrama. Saya hati mendengarkan takbir yang bergema di lembah Davangere. Kalau di Masjid Kampung Batu 26, Arwah Haji Latif yang selalu mengetuai takbir.. atau Abang Mat Kempong.
Setelah solat para pelajar mula memenuhkan dewan makan. Tetamu jemputan dari pihak kolej (yang terpinga2 tengok students pakai baju kilat2 dan warna warni) juga hadir memeriahkan majlis. Sayang sekali, mereka canggung menikmati nasi himpit dengan kuah lodeh, roti jala dengan kari. Yang dijamah bersungguh-sungguh hanyalah kek batik dan kuih muih yang disediakan sendiri oleh para pelajar.
Sesudah menjamu selera ada pula slot persembahan. Ada nyanyian, sketsa, nyanyian beramai-ramai, duet, dan hamba pun turut dimangsakan menyanyi. Ah, mana mungkin hamba menyanyi seorang. Maka turunlah hamba dari pentas dan menangkap mangsa-mangsa lain untuk membantu hamba menyanyi sama. huhuhu.
Menjelang petang hamba beransur pulang. Tengah malam barulah hamba tiba ke Chennai. Letihnya sendi Tuhan saja yang tahu. 9 jam perjalanan memanglah menuntut kesabaran di celah-celah kedinginan penghawa dingin Innova dan jalan nan berlubang di sana sini. Selamat Datang ke India!, bisik hati hamba sambil melelapkan mata.
Apa makna Hari Raya di Chennai? emh.. hari kemenangan. Memang dapat hamba rasai kemenangan itu. Puasa bukan halangan hamba bekerja. Kalau di Malaysia selalu benar hamba mengantuk di pejabat. Di sini hamba gigah saja. Syukurlah. Nikmat kemenangan memang benar2 dirasai. Lebih payah cabaran puasa, lebih indah nikmat menyambut raya. Hamba tak perlu susah2 berfikir nak beli baju apa.. kuih apa.. langsir mana.. air minuman apa.. mana nak cari daun pisang dan daun kelapa.. merebus ketupat dan burasak.. beli ayam dan daging berkilo2... sampul ang pau (dan isinya juga)..
Di sini, tamat saja raya pertama, hamba ke KFC menikmati Snack Plate.
Ahad, September 20, 2009
kusangkakan rayanya esokkkkk
Kami, khairabdullah dan khaifilelmi (khai square?) terus menginterview Kumar, si supir tempatan untuk menjejak kedai menjual mercun di kawasan sekitar. Hah.. di sini, produk sebegini halal. dan tiada statistik budak cedera atau beraya di hospital sebab maen mercun. sama ada diorang memang cermat dan bijak, atau takde siapa pedulik kalau ada yang mati pun. Rasanya tak peduli la. Hohaha.


pelita raya. korang bleh figure out yang mana dari Mesia.. yang mana dari Chennai kan?
Dan yang paling menyentoh perasaan hamba, sahabat di tanah air, Puan Khairolin (another Khai square?) telah dengan jayanya menyampaikan bungkusan dari Mesia. Kuih tart gulungkah?
Ah! Po~oh dan sekeping surat bertinta hitam! Apakah tart gulung?
Dengan penuh teruja aku pun dengan rakus membuka bungkusan itu. Wah, K~Lynn kata ada kek lapis Sarawak lagi tu.. sunggoh hebat!
Kendatipun demikian ye tuan2 dan puan2.. tart gulung kelihatannya bagai digoncang2.. pecah bekasnya.. yang ada bagai serdak kuih raya saja. Tak apalah K~Lynn, akanku makan juga kuih tart gulung yang kau susah payah hantar ini dengan penuh kesyukuran dan linangan air mata. U're an angel!

Thanx a lottt! Allah jualah selayaknya yang membalas budi baikmu. :)
Sabtu, September 19, 2009
riang ria raya
banyak pulak menda nak cerita. make em short eyh?
YANG INDAH
- sebulan seblom raya aku minta students di Davangere host sambutan hari pertama raya. On. 230 pelajar dari tempat lain akan bertandang. whoaa.
- sepanjang ramadhan, alhamdulillah aku berjaya juga puasa dan berlapar (aku kata berlapar sebab ada hari tu aku tidur saja sampai lebam). 70kg yang gebu kini cuma 64kg yang kachak. ah.. saya suke. terutama bila membelek diri sendiri kat cermin, pinggangku tak lagi ada lilitan asmara. yeay!
- 90% lawatan selesai. tinggal 2 tempat saya nak lawat. karad dan pondicherry. dan delhi juga. nak lawat pelajar. maka ada 3 trip lagi. dan 2 kolej lagi di Chennai. hmmm.
- seminggu lepas, aku telah mencipta rekod peribadi memandu lebih 1600km : Chennai-Bangalore-Salem-Bangalore-Chennai. dalam jumlah itu aku yakin lebih 100km adalah perjalanan akibat kesesatan. haha. yang buat aku bangga tuh sebab aku drive sesorang. dan sharon, GPS Navi tuh ada masanya membantu.. tapi dalam kebanyakan keadaan menyusahkan dan menyesatkan. sungguh deng!
- azham hantar biskut raya.. bila bukak parcel semuanya cuma serdak dan habuk saja. dearsarah hantar set baju raya. sangat sukanya! haizam hantar kad raya. ada dato' DUN satu tempat tu.. dia pun hantar kad raya. taklah terasa terpinggir sangat bila ada orang sayang kat kita ni.. hehe *blushing*
- dalam perjalanan kembali ke chennai, aku singgah beli mercun. beribu2 rupees berhabes.. tapi berbaloi-baloian. keriangan ruah bila nampak warna-warni api mercun tu menerangi laman rumah kapel semalam.
si chevvy yang baru je aku basuh tadi. berkilau!
YANG PARAH
- sahabat OZF akan berkampung di selatan dan utara.. dan aku terpaksa bersabar tak dapat bersama.. aduhai..
- kampung halaman dan suasana raya? dun even mention dat.
- reseat PTK. adoih. again? adoidoidoihhh..
- hutang laporan.. em.. banyak tuh.
neway readers.. ENJOY RAYA!
Selasa, September 08, 2009
membebel, memarah.. dan tak relevan.
m.
m. a.
m. a. l.
m. a. l. a.
m. a. l. a. s.
.. kenapalah orang2 itu terlalu suka mengamalkan teknik taichi.. tak paham2 ke aku ada keja lain... dan staf korang tuh ramai.. RAMAI!!
R.
R.A.
R.A.M.
R.A.M.A.
R.A.M.A.I.
tahu? staf aku ada sorang aje tau. setakat bukak website cari maklumat pun nak suruh aku ke? buat ajelah.
nak apa? duit? siapa kata aku cop duit kat sini? sejak bila ni?
apa? ada masalah dalaman? takleh setel? dah tu nak suruh aku buat apa..?? selesaikan masalah ngko?
ah.. penatlah!
esok mood aku elok baru sambung cerita. OK?
Isnin, September 07, 2009
cerita makan-makan dan tak boleh makan
Salam Ramadhan Al Kareem
Berpuasa di Chennai? tak menarik sebab aku blom discover bazaar Ramadhan sampai ke sudah. dah lebih 2 minggu puasa, tak pernah sekali pun aku berbuka puasa kat rumah sendiri kecuali semalam masa aku jadik hos untuk iftar. Humak aihh.. abso~effing~penat~lutely lah. ader ke orang bujang yang selalu masak megi guna microwave oven ni disuruh jadik hos? Patutkah?? Ponder.. ponder!!
Tapi atas konsiderasi Perwakilan.. Mak-mak Dara pun menyerang apartment aku smalam.. habis dapur aku diorang rewang buat nasi ayam. Aku yang gigah bersemangat tak nak kalah, mengeluarkan 2 botol prego dan mula juga masak Spageti Bujang Terangkat.. huh.. kalau nak lumba dengan nasi ayam Mak Dara, Spageti Bujang Terangkat siap kena masak 2nd batch u ols!! Abang terbangga lah sikit.. tapi takdelah sampai riak pulak. Dosa kan?
Neways, di sini yang menariknya waktu dan tarikh berpuasa berbeza mengikut tempat. Negara luas.. so timing ada sikit lari. Chennai start puasa awal tempohari.. sedangkan Bangalore dengan Delhi dan beberapa kawasan lain lewat sehari pula. Chennai bersahur dan berbuka 10 minit lebih awal dari Bangalore.. sekitar jam 4.38 pagi untuk waktu akhir sahur dan berbuka 6.20 malam. Yang lebih menarik tu ikut mazhab lelain.. Hanafi akan buka lewat, Syafei pula awal. Fitrah pulak, Syafei lebih mahal.. dan Hanafi lebih murah. So kalau berlainan mazhab, jiran sebelah rumah pun boleh buka lain2 waktu.
Pastuh kan.. kat Chennai ni kalau kita sibuk menggelar raya itu sebagai Aidilfitri, atau Lebaran yang Mulia.. diorang bleh lak panggil Ramzan. Penatlahh aku explain kata Ramzan bulan puasa.. raya plak kena makan! hehe.
Pastuh, kalau diorang tak sahur je terus kata takleh puasa. Bila aku tanya sejak bila sahur itu wajib.. pandai pulak kata tak wajib, "but it's a must, sir". hehe..
Neways,
Aku rindu betul kuih tart gulung ni..
tolonglaa pos gi Chennai wehh..
korang ni takde kasih sayang kat aku ke woiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii??
Kenapa dunia telah menjadi begitu kejam? Kenapa??
Kenapa????????????????????????????????????????????????????????????????
Bye.
Rabu, September 02, 2009
hujan
chennai mula hujan.
syukurlah. kalau tak bukan main extreme panasnya. kena pulak tym puasa ni.. syukur jugalah.. taklah dahsyat sangat cabaran berpuasa. perut pun dah susut nie.. seluar semua longgar.. huhu
rindu betul nak ke bazar ramadhan. teringat zaman kat UPM dulu.
hidup di Chennai semakin payah. chevvy dah sampai, maknanya servis basheer tamat serta merta. aku rasa memang sukar nak memandu (dengan selamat) kat hindia ni. tak taulah.. mungkin tugas aku kat sini memang termasuk sekali skop kerja pemandu.
ok folks. dun feel like writing anyways. a million of things are there yet to be done .. dan aku tak boleh tido nyenyak kalau keja tak siap. tapi gi shopping boley pulak.. hawhawhaw..
later aye!?
bye
Jumaat, Ogos 28, 2009
sayu jumaat
Hari ni alhamdulillah, sempat ke masjid untuk solat Jumaat. Kadang tuh tak sedar dah masuk waktu dek ralit sangat menaip emel, laporan bagai. aduhaii..
hari ni perasaannya lain sikit. hati berdebar2 nak masuk masjid. lain rasanya. macam nak kena gi jumpa pengetua zaman sekolah dulu.
mungkin banyak sangat dosa berkerak.
atau, entahlah.. tapi syukur juga tak jadi apa2 yang pelik. aku kalau ada rasa menda2 pelik ni mula la nak terbayang kisah-kisah karut dalam majalah Mastika.
Keluar masjid, nampak ada kaunter zakat. berapakah rate zakat kat sini agaknya ye?
Keluar pagar masjid.. berbaris-baris orang mintak derma.. dan mintak sedekah. aku seluk poket.. memula rasa nak bagi tapi kenapa ntah tangan aku tak terkeluar dari poket.
kembara emosi aku hari ni ntah hape-hape.. huh
Khamis, Ogos 27, 2009
bukan sekali
ala.. bukan sekali ni je.. dah banyak kali dah..
masa sekolah dulu..
masa diploma.. lagi best.. lepak ngan opi, jiwan, adek, baroq, lee, nuek.. kat paroi jaya. kadang sorang je.
masa degree lak sesama ngan naain, izzad, nuat, hairi, syed, farralala, shasha. kadang buka sorang gak.
kat KL pun selalu je.. buka pose sesorang. kadang buka dalam kereta je.. sebab jem.
benda biasa je ni.. buka puasa sesorang..
kat Chennai ni.. ala.. sama je.. lek aa.
mungkin bezanya takde bazar ramadhan.. dan tak jem macam kat mesia.
Selasa, Ogos 25, 2009
debug me
the syntax error message keeps on popping out when i want to execute the script of instructions to initiate something productive.
debug me.. please.
i know what dis bug is called. as I talked to khaifil, we call this bug as "ketepuan bekerja".
hari ni kena ke Bangalore lagi.. ada 50 pelajar nak sampai..
.. debug me!!
Khamis, Ogos 06, 2009
bad.hair.cut
Untuk jejaka berambut pendek macam saya.. kalau tersalah potong rambut memang tiada ampunannya lagi. Minggu depan nak jejalan.. rambut saya dah kena keretung, siap senget sebelah kepala saya jadinya. Oleh yang demikian, minggu hadapan saya akan jejalan dengan memakai topi. hmmm..
gelak guling2
aku perlukan fun yang euphoric akhir2 ni. dan tetiba ader member call pakai voice converter mcm suara baby.. aku gelak pecah perut. sungguh kelakar.
pastu dia seronok dengar aku gelak non-stop, dia call aku lagi 3-4 kali guna suara pompuan, suara pembunuh bersiri 'scream', suara baby dan suara chipmunk.
dan aku gelak lagi sampai mengalir air mata.
lama tak gelak bersungguh-sungguh.. hilang separuh stress aku.
yang best tu dapat hilang stress tak payah bayar walau se-paise pun. huhu.
Isnin, Ogos 03, 2009
yang ada.. yang tiada
- Natraj menarik diri daripada ahli rombongan minggu depan.. akibat perhitungan kewangan tersasar di Dubai bulan lepas. sebab dia bagi Bvlgari Extreme sebotol.. maka aku tak amek ati la dia tak join rombongan. huahaha
- Lumix TZ7 pujaan hatiku dah jadi milik Kak Wan. Hmmm... kamera apa pulak nak dibeli lepas ni. DSLRkah?
- SET700 juga akan berkubur di kedai JJ esok. Trade in dengan NokiaXM 5130.. yeay.. :)
- Karpet warna warni yang dikelepet oleh Kashmiri durjana di Bangalore telah aku tukar dengan karpet pujaan hatiku yang bertona coklat keemasan dari kedai Kashmiri Durjan itu.. haha.. victory on my side!
- Kak Wan akan meninggalkan India minggu depan. Malam ni Puan Zarina bakal gantikan dia.. dijangka tiba mlm smlm.. tapi entah kenapa malam ni baru tiba.. huhu.. lawak.. lawak..
keringat tulang empat kerat
Khairabdullah mengaku penat. Benar, 20 hari merantau memang memerah keringat dan semangat. Geliga otak meligat, ada masa apa yang terancang bertukar jadi jerat. Huh.. melayan kerenah manusia memang macam-macam tabiat..
Ada juga yang ramah bertanya.."Dah tau penat apasal buat?"
Entah ye. takde sape pun suruh buat. Sendiri yang gegatal sangat.
Jawapan tipikal khairabdullah selalunya "Why not?". Bukan khairabdullah suka-suka menghabiskan duit rakyat. Pada pandangan orang lain yang berbeza niat, memanglah jalan sana sini tu sesuatu yang hebat. Siap ada yang kata lain kali bawaklah dia sama kalau sempat.
Esok Isnin pulak.. mesti lemas dengan kerja pejabat. Kuuuuuss semangat..
Ahad, Julai 26, 2009
letourdesakitperutlahpulak
saya masih ada seminggu lagi dalam perantauan edisi 2009 ini.
dan saya sakit perut sekarang.
Tuhan, kuatkanlah semangat dan kesihatan saya.
Rabu, Julai 08, 2009
geromal
dalam purnama menjengah penuh kelak, hamba akan merantau lagi ke tanah asing. menjengah tanah merongbengaluru melepas lelah, sementelah itu menunggang geroda ke mangalorewangsa. ah, di sana istana yenepoya dan NITTEsari menanti kunjungan langkahku. begitu jugalah sida-sida dan bentaraharung di bumi mangalorewangsa bakal kutujah dengan belati kata-kataku,
yang tua datang bertongkat
yang muda berlari-lari
yang teruna terloncat-loncat
yang dara senyum sendiri
..............
Manipalia meledak dengan berita hangat. Bantahan pemberontak setelah ditegah halus supaya berlaku sopan tidak dapat diterima dengan jiwa bebas warganya. Melenting! Panas! Amarah! Jiwa muda membara untuk mendedahkan tubuh giur di pantai Goangga sedikit masa lalu. Hanya 2 keping kain menutup dada yang membukit segar, dan cawat itu tidak mampu menampal luas permukaan punggung yang mungil. Dikhutbahkan kepada mereka, lantas dibalas dengan pemberontakan? ingin disaman malu pula penegur itu dengan dakwaan membawa aib tertuduh? Melampau!
boing boing boing.. bergoyang-goyang
ah! Ahh! Arghhhh!!.. berbunyi-bunyi
ye.. ye.. ye.. jawab tak jawab
kusut masai .. kusut masai..
...............
Geroda menerbangkan hamba kembali ke merongbengaluru. vinayakapuri menjemput hamba menjamu selera dan beramah mesra dengan warga asingnya.. kerana hamba juga sama asingnya. rakyat asing di vinayakapuri yang terpacul di lembah gersang salemangga ditindas dengan kaburan janji manis ibarat tebu di bibir para pemerintah vinayakapuri.
apa diharap tanah sejemput
disimpan buruk, dijual murah
apa diperap hati yang renyuk
dipendam rajuk, diluah marah
...............
Innovabots telah aku tempah. Enjin tuanya akan menggerakkan aku dengan perjalanan ke belgaumana dengan pecutan 1/90000000000000 kelajuan cahaya, memakan masa separuh orbit bulan mengelilingi bumi. 54000000000 milisaat terpaksa kuhabiskan. Rakyat belgaumana mengharap RajawaharlalNehru tidak memandang serong lagi kepada mereka, hasil output negatif produk terdahulu. Aku sekadar mampu menjengah dan cuba menjernihkan gumpalan albumin kelabu dalam sanubari pemerintah, dengan harapan besar agar dapat menjadi pemangkin menjernihkan keadaan seperti kalium manganat 7.
boom boom boom.. berdentam-dentum lagu
gluk gluk gluk.. cairan haram diteguk
entah mana nak percaya
sama saja .. sama saja..
...............
rakyat Dharwadumina menjejak bumi lain kala hamba menunggang kaldai tua itu ke sana. Tak mengapalah, dapat singgah di teratak buruk itu melepas dahaga dan menjamah secubit rezeki, cukuplah bagi hamba. manalah tahu, penghulu dharwadumina sedia menerima kunjungan rakyat hamba di jajahannya kelak.
yang molek datang berjemput
yang capek datang tak malu
yang bijak datang bersambut
yang tidak sekadar lalu
...............
Taredavangere makin mengukuhkan kuasanya. Cods, Jejem dan Papuji semakin galak membeli jiwa.. dan menarik lebih ramai warga pendatang ke Taredavangere. Entah apa muslihat di sebalik kegigahan pemerintahnya. Gembirakah rakyat hamba di sana? Kenapa ada yang mengadu hidup umpama dalam penjara?
untung nasib sabut tenggelam
untung bertuah batu timbul
apa untung batu tenggelam
apa untung sabut timbul?
................
Istana Maisurupahit tersergam indah. Rakyat Jasas pemakan sayur itu mengharamkan segala pemakanan binatang dalam jajahannya. Hamba bakal ke sana membawa warga asing yang baru untuk cuba mengenankan selera dengan hidangan pepokok.
dan berakhirlah kelana hamba di benua luas ini kelak.
ah.. hamba tambah rungsing dan bingung cuba mencernakan segala masalah rakyat hamba di benua ini. Ada saja kerenah, ada saja keletah. Minta itu minta ini.. mahu itu mahu ini.
baik hamba tidur saja sekarang. malam pun dah larut.
Ahad, Julai 05, 2009
the last tym dat i cried
my hectic-full-of-fun weekend.. is over. Harsha and his buddies came over for VISA all the way from Bangalore, and stayed back in Chennai for Kak Wan's farewell party @ Accord Metropolitan. What more I could possibly ask? Weekend full of crap-talks, bad singing in my BlackBox room, great food, and some hell-of-good-time with Tamil actor Prashanth (he played in Tamil movie 'Jeans' with Aishwarya Rai 10 years back.. with loads of other blockbuster movies after that known to Tamil movie fan).
Yeah, the great weekend is over. Missed the uber cool ambience at Aqua@The Park, mamak style food (nasi kandar, kari kepala ikan, puyuh goreng, and satay kambing just to name a few.. hehehhh), and Kak Wan's special nasi lemak.. hmmm. Tomorrow will definitely be a start for a super busy week. and weeks after dat too. but no worries, Uzair is in da house.. my new member of the team is here.. right by my side. so thankful.. the burden is somehow 'shared' now.. pheuh!
Today, out of the blue.. i suddenly recalled the last tym that i cried. i mean, really cried. I had just finished the last curly string of Maggi TomYam, and suddenly teringat zaman susah takde duit yang memaksa aku makan Maggi. And it brought me down the memory lane on the spot of the last time that i cried dengan penuh kesungguhan. It was on the 2nd of May, 2009. It was pure sadness of regret, of discovering my very own self deciding on something that may have turned another chap's life jobless. I never wanted to be dat kinda person, with absolute power and influence, abusing it for someone else's life. And I cried. Unstoppable. Regretting. But fortunately it wasn't too late to do some correction. I thank Allah for still allowing that to happen. More than that, to allow me to still being human.
I'm writing this so that I will always remember that very moment. Always.
P/S: (.. sebenarnya tak tahu pun kalau si Muniappan tu bebetul kena pecat.. lantaklah!)
Rabu, Julai 01, 2009
hapa cherrr?
hmm.. salam semua!!
some updates here.. :)
- skipped gym for 3 months now for some health and other reasons. Missed the sweat and pain!
- been traveling for quite some places after coming back from Malaysia: Delhi, Agra, Bangalore, Salem.. i tot of doing it less for Kak Wan is leaving for Prague.. but i did enjoy the trips anyways.. hehe
- been [a bit] broke. really need to be careful with my spending habits. Need to keep my credit cards away!
- discovered that i was cheated for the carpet that i bought in Bangalore. Damn you Kashmiris!!
- had a Dubai fren Natraj: who's crazy with girls on the net. Dah balik Dubai pun..
- finally appointed a clerk.. starting today! all documents safely put in the files.. yeayy! alamak I owe nisha all the docs.. coming soon ya Sha!
- will be touring again in July 2nd week. can't hardly wait :)
- wanted to congrat milmozibang for being a father to Julia Batrisya: Si Rambut Panjang Yang Bijak. Rename to Rapunzel.. can aa?
- hur-hur is now red in kaler.. so kiut now :)
- rindu kat Sarah.
Selasa, Jun 09, 2009
bukuwajah
Salam.. :)
Lama tak hapdet blog ni. sebenarnya sebab akhir2 ni agak asyik menghapdet buku~wajah. akaun buku~wajah saya yang dulu-dulu tuh entah ke mana, entah apa passwordnya ntah.
saya dah sihat hampir sepenuhnya sekarang. pergi pejabat pun dah penuh tenaga. syukurlah.
kepada sahabat-sahabat pengikut setia khair abdullah yang punya akaun buku~wajah, silalah menambah saya sebagai rakan rangkaian virtual anda di buku~wajah.. sudi-sudikanlah yea. :)
Jangan pula menggatal mengorat bakal² doktor yang sedang menuntut di India ni yang telah menambah saya sebagai rakan buku~wajah mereka ye. Sila jaga kelakuan masing-masing.
Selasa, Jun 02, 2009
basi
Vanakam dan salam mesra.
ye, lama tak hapdet, cerita cuti dah basi. balik malaysia demam, kembali ke chennai juga demam. dah sembuh, demam semula sampai tekak berdarah. memang musim sekarang ni. cikugunya, selsema khinzir, demam pilihanraya, demam karaoke.. huh.. banyak sangat.
neway, balik mesia tempohari banyak perkara selesai. lega rasanya. banyak orang dapat jumpa.. walau sekejap cuma. banyak makanan sempat dijamah, walau sedikit saja. kepak ayam dengan echah masih aku dendam nak makan. teh tarik nikmat hidup kat esso depan umah sewa aku dulu tu pun aku dendam juga. tu belum kira rosti, ketiauw udang dan spageti cabonara chicken slice kat hartamas square. dan mi rebus stulang yang hebat kat stulang. atau ubi rebus empuk yang panas2 makan dengan ikan kering sepat yang baru digoreng sambil menghirup kopi panas.. huhuhuu.
malaysia memang syurga makanan. patutla ramai yang obese. no offense ye. hehe. cuma hati-hatilah bila makan. kencing manis, kadar kolestrol dalam darah, tekanan darah tinggi, stroke.. sekarang normal je walaupun usia masih 20-30-an.
banyak juga stok aku dah tambah. makanan, rumah, portable HD, Lumix TZ7. Lumayan juga menabur dan melabur di sana sini.
berdoa bersama-sama saya untuk sahabat saya yang sedang menjalani prosedur kimoterapi. semoga semuanya lancar dan stabil, dan tahap kesihatan bertambah baik.
ingin juga ucapkan terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi meluangkan masa di celah-celah kesibukan masing masing untuk bersua walau sekejap cuma. kalau ada yang berjanji sakan nak beradu vokal bersama tapi tak kesampaian, tak apalah, barangkali ada rezeki di lain hari.
sampai berjumpa lagi.
Isnin, Mei 04, 2009
post-party KKP 2009
Takde parti pun.. takde apa-apa. Cuma aku tengah duduk sekarang ni memikirkan impak atas segala kejadian yang berlaku semasa mengelolakan Konvensy*en Kepim*pinan Pe*lajar 2009. Baru habis semalam. 'Parti' post mortem tengah berlegar-legar dalam kepala aku. Berjayakah? Berbaloikah belanja duit rakyat bebanyak? Sepadankah penat lelah yang diberi dengan hasil yang dicapai?
Beb, it's super hard to create awareness and to change people. Siriyes. Apatah lagi aku ni bukanlah pakar motivasi, atau cendekiawan bijak laksana. Aku cuma pegawai biasa, yang kekurangan sana-sini.
Betul-betul aku amat appreciate apa yang aku belajar di INTAN. Event management. Protocol. Psychology. Professionalism. 'Plan B'. Communication. Punctuality. Follow-up and follow-through. Time management. Human touch. Reward and punish. Dan Encik Zafli*n, mentor peribadi aku dulu mengajar aku maksud bekerja dengan ikhlas bersama rakan seperjuangan yang lain. Thanks a lot Abang Bulu!
Syukur Kak Wan dan Khaifil sudi membantu sebagai fasilitator. Syukur juga last minit aku bawak Liyaquath, kerani kat konsulat sebagai urus setia. Syukur Tuhan aturkan semua itu.
Sangat banyak dugaan mengendalikan program ni. Setiap malam di Nandi Hills, aku dan urus setia tidur cuma 2-3 jam. Ada satu ketika aku diduga dengan tekanan yang amat berat. Bukan kena tindih dengan makhluk ghaib. Kisahnya VIP jemputan aku, Dato' PT, terpaksa tunggu lebih 1 jam hanya kerana yang tidak bertanggungjawab itu dengan selambanya bangun lambat. Hari aku dimulakan dengan panggilan telefon jam 6.30 pagi daripada Dato' yang sibuk bertanyakan di manakah pemandu yang sepatutnya tiba. Patutnya dia dah siap amek Dato' pukul 6.30 pagi, tapi rupanya dia baru bangun tidur 7.00 pagi. Bang*sat sungguh. Kelam-kelibut aku jadinya. Tak keruan hidup aku sepanjang hari.
Betul-betul mencabar batas kewarasan dan amarah aku. Tapi dengan penuh wajar aku aturkan kenderaan lain untuk Dato'. Selesai masalah seketika, walaupun kredibiliti tercalar dan kesabaran teruji. Dalam masa yang sama, ketara sekali disiplin dan penampilan pelajar sangat teruk. Tak menepati masa, malah selekeh, walau berkali-kali aku dah ingatkan. Aku amat kecewa, dan amat takut pelaburan duit rakyat ni sia-sia belaka. Bukan duit aku. Duit rakyat! Disebabkan tekanan mental dan emosi bertalu-talu, akhirnya aku kecundang jua. Aku mengaku aku sangat tertekan sampai menitik air mata aku depan students. Katalah aku cengeng. Katalah aku lembik. Barangkali bahu aku tak mampu lagi menanggung beban dek terlalu menahan sabar, merasa kecewa, dan terlalu mengharap sampai aku terpaksa bayar dengan beberapa rembesan air mata anak jantan yang memang tak boleh ditahan-tahan lagi. Atau barangkali aku terlalu penat dan aku tak tahu apa lagi yang mampu dan terdaya aku buat dengan kederat yang ada dan tulang empat kerat untuk kelolakan semua benda dalam satu masa yang sama.
Sudahnya, dengan geram dan sakit hati yang masih berakar dalam tangkai jantungku itu, semua orang aku sembur. Bos driver tu pun aku maki sesedap rasa. Aku terus cakap dia bodoh sebab tak pandai mengajar driver dia kerja sebagai driver. Driver tu pulak tak payah cakaplah.. kalau aku tak fikir aku ni pegawai dan aku memegang imej negara, maki hamun aku mesti dah berbakul-bakul. Students? hmm.. 1 jam aku membebel dengan intonasi marah non-stop.. dan aku rasa budak nak kentut pun takut.
Begitu tertekan dengan frustrasi, aku lepaskan portfolio aku dengan rasminya pada petang itu sebagai pengelola konvensyen. Lantaklah korang nak buat apa pun. Buat la apa korang nak buat. Berambuslah kalau nak sangat balik ke kolej atau berjalan-jalan di Bangalore. Pakailah apa korang nak pakai. Mahu bogel pun aku dah tak mahu ambil kisah lagi.
Bila dah kena marah.. baru la nak buat kerja. Boleh pun pakai lawa-lawa. Boleh pun bekerjasama. Boleh pun bersopan santun, meminta maaf, dan meminta tolong.
Sejarah tercipta untuk diri aku sendiri. Baik, buruk, embarrassing, whatever it is, terpulanglah kepada yang menilai. No regrets though, I learned my lesson very well. Really well.
Hari ni aku masuk pejabat. Penat masih terasa. Tapi dada aku rasa lapang.
Urat dan sendi masih sengal. Laporan masih dalam progres. Aku dah tak daya nak fikir sama ada program ni berjaya atau tidak tapi ramai pelajar berterima kasih dan memohon maaf. Biasalah tu. Aku rasa aku dah cuba yang terbaik menjalankan tanggungjawab. Biarlah kalau tetap ada yang degil tak mahu berubah. Aku dah tak marah.. sebab aku akan sentiasa ingat moment seorang pelajar berbangsa Cina, semasa bersalaman, tunduk mencium tangan aku semalam.
Terasa penat semua hilang serta merta. :)
Rabu, April 29, 2009
esok
dalam jawatan semasa, ini adalah program pertama yang aku rancangkan. tak sangka juga hampir sangat nak menuju ke hari kejadian.
selalunya program sebegini, zaman dulu-dulu aku in charge sikit aje. yelah. ramai kawan seperjuangan. sekarang buat sendiri. semua sekali.
aku cuba curahkan sepenuh pengalaman dan kemahiran yang pernah ditindikkan kepada diri aku masa bertugas di I*TAN dulu. kalau dulu handle pegawai, sekarang aku handle pelajar pula. benda elok, watpe kita simpan kan? elok kita pakai. banyak kali pun takpe.
bezanya, masa buat aktiviti sebegini kepada pegawai, pengalaman untuk diorang adalah sangat baru, dan diorang akan appreciate setiap perkara yang dipelajari. dengan pelajar, aku harap impaknya positif juga.
doakan semuanya lancar. amiin
Sabtu, April 25, 2009
kembali beraksi... yeah!
minggu lalu adalah minggu paling mencabar kesabaran.
Isnin, April 20, 2009
senget, cabut, jahit, bengkak
Semalam kepala aku senget sepanjang hari. Tapi syukurlah, banyak benda berjaya diselesaikan. Lega sekejap.
Akhir2 ni geraham kanan sebelah bawah terasa macam berlubang. Padahal baru je tampal tempohari. Nak makan juga susah. Lepas jumpa dr Vetri jumaat lepas, katanya ada gigi tertanam dalam tulang rahang, maka gigi itu perlu dibuang. Tengok x-ray, memang betul. ada seketul gigi sedang berposing baring dalam tulang rahang aku, dan pembesarannya selama ini menyebabkan infeksi pada tulang geraham, punca uatama kesakitan dan nafas berbau. Huh, patotlah!
Tengahari tadi berjumpa sekali lagi dengan Dr Vetri, dan aku dilayani oleh Dr Madhan. "mild pain sir, i'm going to inject some anaesthetics. Mild? kepala 'toot' dia! sakit bukan kepalang!!
Kreng-krong-kreng-krong.. dikeratnya tulang rahang tuh. krek-krok-krek-krok.. dikorek-korek gigi yang tertanam dalam tulang tu. chroot-chroot-chroot.. dicucinya bahagian yang dikerat, dibelah, ditekan, diumpil dan ditarik2 tadi. zeeet- zooot- zeet-khtappp.. dijahit pula bukaan yang menyebabkan saliva aku sentiasa terembes berona merah darah. Nasib baek numb, kalau tak aku rasa aku salah seorang mangsa American Psycho. Pembedahan 30 minit berjaya dijalankan dengan mulut sebelah kanan membengkak dengan jayanya dan kebas sebelah, kalau kena penampar pipi kanan ni pun boleh rilek je. Teringat kene penampar senior masa aku skolah dulu. huhu.
Aku terus ke farmasi beli ubat-ubatan. Di India, ubat-ubatan memang amat murah. 3-4 jenis ubat yang dalam preskripsi doktor tadi, cuma RM 10 je lebih kurang.
Sepanjang dalam kereta nak balik tadi, pedih, perit, ngilu, semua dah mula terasa. Aku rasa macam nak terajang aje si Bashir sebab boleh pulak dia bawak keta dengan penuh sentimental. Bibir dan pipi aku bengkak makin teruk. Ubat pelali makin hilang kesannya. asik2 aku meludah sebab air liur termangkin secara natural untuk terembes keluar. argh!
Sampai je rumah aku terus jerang air. Campbell soup mushroom aku siapkan 1 mug, masukkan cebis2 roti, makan. fuh.. nak telan pun sikit punye susah. lepas tu semua jenis tablet tuh aku telan. Dan aku tertidur kat sofa sambil tv masih menayangkan sitkom apa ntah tadi bila ubat tahan sakit mula menghilangkan keperitan aku.
Sekonyong-konyong si Pushpa kejut aku dari lena, "Sir, you want to put the sauce in your porridge?". Erk? Time tuh tersedar liur mengalir sampai ke dada. Likat, bercampur darah. Euw! Dan.. kenapa sebelah mata aku berair? tengok cermin, inilah muka yang terpantul:
.
.
.
.
.
.
Rajah 1.0: Kelihatan mangsa bedah gigi terpanik dengan kebengkakan mata kanannya.Mangsa masih panik semasa artikel ini ditaip.
Rajah 1.2: Pandangan sisi kanan. Mangsa mendalami perasaan orang mata sepet.
Rajah 1.3: Pandangan sisi kiri wajah mangsa yang masih boleh tahan. Kwang kwang kwang.Bos, esok MC ya!?






